20 Tanda Seorang Lelaki Dicintai Jin Betina | Sekadar
perkongsian untuk semua. Akibat beberapa sebab seperti selalu berbuat
maksiat, jin akan cepat berdamping dengan orang-orang seperti ini. Tidak
hairan jika ada jin betina suka kepada lelaki yang suka buat maksiat.
Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada
beberapa tanda:
1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami
keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya
sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan
gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai.
Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak
ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah
sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk
anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya
anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih
mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda
kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang
anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita,
tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan
mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta
pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut
diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali
atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda
ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam
keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja
kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara
atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan
seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu
melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin
mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar
berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada
anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan
selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan
hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda
menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang
di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk
oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan
menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan
merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam
keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama
kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada
pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda
ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang
menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada
melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa
anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan,
kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat
sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah
mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan
itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi
marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula
memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda
akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin
betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau
seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila
menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat
cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana
dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak
perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh
walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan
anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu
menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan
tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang
untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda
dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang
menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya
kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan
mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh
anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak
lelaki.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini
ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai
manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau
sebaliknya. Adalah sebaiknya, selain kita jaga solat fardhu sehari
semalam, kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari
gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita
lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon
perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.
Sumber: biskutmanis
0 komentar:
Posting Komentar